Wednesday 14 March 2012

Bangun,baca dan renungkan bersama...


  •  Hadaplah muka kemana-mana pasti  disitu ada Tuhan 
 
  • Tuhanlah Maha Perancang, sesekali pernah kita berasakan kita juga bijak merancang. Perancangan kita sebenarnya masih berada dalam perancangan Tuhan. Usah ditepuk dada mengatakan akulah hebat kerana kita hanyalah insan yang hina,jahil, fakir lagi lemah
 
  • Ramai insan mampu menundukan besi,binatang dan makhluk halus.Namun, kita sukar untuk menundukkan nafsu malas, ego dan pelbagai lagi sifat mazmumah kita. 
 
  • Sangkaan kita terhadap Allah tidak menentu, bila dapat habuan kita bersangka baik, bila habuan berkurangan kita bersangka buruk. Sedangkan pada hakikatnya Allah sentiasa berbuat baik pada kita. 
 
  • Dalam kehidupan ini kadang-kadang terlalu rakus. Belakang memikul, tangan membimbit dan kepala menjunjung. Cukuplah sekadar yang ada, makan sambil berjalan lebih selesa daripada makan sambil berlari.
  •  Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada